HIBURAN
Intan Najuwa Akui Trauma Naik Pesawat Ketika Hamil, Kini Risau Ulang Perjalanan Jauh Bersama Anak
Pelakon dan usahawan, Intan Najuwa, meluahkan kebimbangan menjelang penerbangannya yang akan datang, kali ini bersama cahaya mata tersayang, Lunara.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Intan berkongsi bahawa dia masih dihantui pengalaman cemas ketika menaiki kapal terbang sewaktu hamil dahulu.
“Kali terakhir saya naik flight, saya sedang sarat mengandung Lunara. Ketika itu, keadaan cuaca sangat buruk dan turbulence terlalu teruk sampai saya rasa benar-benar trauma,” tulis Intan.
Menurut Intan, memori menakutkan itu masih bermain dalam fikiran, sekaligus menimbulkan rasa tidak tenang menjelang penerbangan jarak jauh yang bakal dilalui minggu hadapan.
“Saya masih ingat betapa takutnya saya masa tu. Dan sekarang kami akan terbang lagi minggu depan — kali ini perjalanan jauh dengan Lunara. Jujurnya, rasa cemas tu sangat kuat," tambahnya.
Intan turut memohon pandangan dan nasihat daripada orang ramai yang pernah berdepan masalah yang sama, agar dia dapat menikmati percutian dengan lebih tenang tanpa dihantui rasa panik.
“Ada tak tips atau cara untuk kurangkan rasa takut bila naik flight? Saya betul-betul nak enjoy perjalanan kali ni, bukan panik sepanjang jalan. Orang lain excited nak pergi holiday, saya pula rasa takut,” katanya berseloroh.
Must-Watch Video