,
Hiburan

Intan Najuwa Pesan Jangan Stress Fikir Jodoh - “Saya Tak Pernah Terlalu Mengharap Nak Suami Macam…”

Asyraf Roslan
05/11/2024
12:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa meminta peminatnya agar tidak terlalu memikirkan soal jodoh kerana itu semua adalah kuasa yang Maha Esa.
Menurut aktres yang popular menerusi drama Jodohku Babysitter itu, tidak kira apa pun yang berlaku dalam sesuatu perhubungan jika Allah SWT sudah tentukan siapa jodoh kita maka itulah ia.
“Dah kalau nama jodoh, Allah tu akan atur cantik-cantik.
“You don’t have to know dan fikir he is the one for you or not, kalau dia lah jodoh you yang dah ditentukan, gaduh la macam mana, perangai macam mana pun, baik buruk dia, dah kalau Allah tentukan he is the one. Yes itulah dia,” kata Intan di Instagram story.
Intan berkata demikian bagi menjawab soalan peminatnya di laman Instagram.
Pada masa sama, Intan juga berkongsi semasa dia masih belum menjadi milik orang dia langsung tidak pernah memikirkan soal jodoh.
Baginya, jika ada orang yang boleh memberikannya layanan yang baik dan menerima dirinya seadanya itu sudah cukup memadai.
“Bagi saya, selama saya single dulu, saya tak pernah terlalu mengharap nak suami macam itu ini.
“Saya cuma doa yang baik-baik supaya saya dijodohkan dengan orang yang baik dan terima diri ini seadanya. itu pun dah cukup,” ujar Intan.
Intan juga mengingatkan kepada peminatnya untuk tidak terlalu memikirkan soal jodoh kerana Allah sudah mempersiapkan seseorang bagi menemani hidup anda.
“So girls, InsyaAllah setiap jodoh dan pasangan yang ditentukan oleh kita ada sebab. Sometime life doesent always go as we want. So just go with the flow of life and live with no regrets. jangan stress mencari jodoh,” tambahnya.
Sekadar info, pada Ogos 2019, Intan pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, namun ikatan itu tidak bertahan lama.
Namun pada 18 Ogos 2023, Intan Najuwa, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 39, dalam sebuah majlis pernikahan di sebuah resort di Desaru Coast.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Hiburan

Intan Najuwa Tak Setuju Ada Budaya Buli Di Set Lakonan - " Lebih Baik Tak Payah Kerja”

gempak
20/11/2024
08:55 MYT
Menurut Intan, sepanjang dia menceburi bidang lakonan dia tidak pernah dibuli dengan mana-mana pelakon yang lebih senior dan kebanyakan daripada mereka hanya memberi teguran untuk menambah baik kualiti lakonannya.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Unitar