Laman Utama
Intan Najuwa Tidak Terkesan Dengan Kecaman Berimej Seksi - “Setiap Hari Kita Mesti Nak Jadi Orang…”
Apa sahaja yang digayakan pelakon Intan Najuwa pasti menjadi perhatian netizen terutama imejnya selepas pulang dari menunaikan umrah pada Januari lalu.
Intan bagaimanapun memberitahu dia sentiasa mengambil komen atau kritikan netizen terhadap penampilannya itu sebagai satu nasihat buat dirinya untuk menjadi lebih baik.
“Apa yang orang perkatakan itu, apa yang pengikut saya tegur, saya akan baca dan ambil perkara itu sebagai nasihat. Sekarang ini, saya dalam fasa perlahan-lahan.
“Siapa yang tak nak jadi orang yang lebih baik kan. Kita bangun-bangun tak kan rasa nak jadi orang jahat… tidak. Hari-hari kita mesti nak jadi orang lebih baik kan.
“Apa-apa pun, saya rasa doakan yang baik-baik, komen yang baik-baik sebab ia boleh berbalik kepada diri sendiri,” kata Intan kepada Gempak.
Sementara itu, Intan turut mengakui dia tidak pernah terkesan dengan kecaman netizen dan sentiasa menjalani kehidupan bahagia sahaja.
“Buat sama sekarang, tak pernah lagi terkesan (kecaman). Saya rasa apa yang mereka komen itu, hanya pendapat masing-masing. Kalau terkesan itu tak ada.
“Sebab itu saya selalu gembira sahaja, sebab itu tak beri kesan kepada saya,” ujarnya.
Terdahulu, Intan menerima kecaman gara-gara berkongsi gambar percutian menampakkan bahagian perut selepas pulang mengerjakan umrah Januari lalu.
Must-Watch Video