Laman Utama

Isteri Baru Hamil 5 Bulan, Ryan Bakery Tak Sabar Nak Buat Content Dengan Baby!

gempak
Syafiqah Jalal
29/08/2023
06:40 MYT
Sponsor Banner
Isteri Baru Hamil 5 Bulan, Ryan Bakery Tak Sabar Nak Buat Content Dengan Baby!
Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery teruja mengumumkan isteri, Elyia Ibrahim kini hamil lima bulan anak pertama mereka.
Berkongsi mengenai pengalaman berharga itu, Ryan bersyukur kerana isterinya tidak mengalami alahan yang teruk atau mengidam sesuatu yang sukar untuk dicari.
"Alhamdulillah, dia tak ada alahan teruk. Saya pun tak ada alami sebarang alahan. Kalau mengidam, apa yang dia mahu taklah terlalu susah nak cari seperti teh hijau.
"Yang mencabar adalah kediaman kami di Temerloh agak jauh dari pekan dan bila dia nak minum teh hijau, saya kena keluar jauh juga untuk mencari," katanya kepada Gempak.
Ryan ditemui selepas memenangi kategori Popular Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2023 di Anugerak TikTok 2023 pada Ahad.
Ryan menewaskan lima calon lain dalam kategori berkenaan iaitu @drbengee, @alexhkf, @sofyank96, @gigicheoh, dan @itsjovynn.
Ditanya adakah dia akan menampilkan anaknya itu nanti menjadi sebahagian daripada 'content' yang dihasilkan sama seperti isterinya, Ryan memberitahu ia sudah tentu.
"Saya sangat terbuka dan teruja nak dedahkan wajah anak saya selepas dilahirkan nanti.
"Sudah tentu saya dah tak sabar nak buat content dengan anak dan isteri. Lepas ini anak saya pula jadi salah seorang 'talent' saya.
"Setakat ini kami belum tahu jantina bayi lagi tapi kalau lelaki, kami nak namakan Ryan Izra dan kalau perempuan, kami akan namakan Raisha Ezra," kongsinya.
Terdahulu, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live