Laman Utama

Isteri Datuk Awie Selamat Melahirkan Cahaya Mata Lelaki

gempak
Fiza Kamarudin
20/01/2021
02:00 MYT
Sponsor Banner
Isteri Datuk Awie Selamat Melahirkan Cahaya Mata Lelaki
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie mengesahkan isterinya Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Isnin lalu.
Awie ketika dihubungi Gempak memberitahu isteri dan puteranya itu berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah, terima kasih di atas doa semua. Ibu dan bayi kedua-duanya sihat. Terima kasih sekali lagi kepada yang telah memberikan ucapan tahniah dan selamat,” jawabnya ringkas.
Terdahulu Awie berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak keenamnya itu menerusi laman sosial Facebook.
"Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu. Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri didalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan mendoakan isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat.
Awie 53, dan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, mendirikan rumah tangga pada Oktober 2016.
Dalam pada itu Awie turut mengucapkan syukur filem pertama syarikatnya Rumah Produksi Merah berjudul 10 Tips Tipu Bini diterima ramai.
“Rezeki berganda awal tahun. Dua-dua ‘baby’ saya lahir pada bulan Januari 2021. Semoga rezeki saya terus di permudahkan Allah SWT, Insha-Allah.
“Sesungguhnya percaturan Allah SWT itu sangat hebat,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live