Skip to main content

Berita Tempatan

Isteri Hamil Anak Pertama, Rody Kristal Bakal Bergelar Daddy

rody_1.jpg
Gitaris kumpulan Kristal, Rody bakal bergelar bapa setelah isterinya, Niena Azman disahkan hamil.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rody berkongsi berita itu kepada pengikutnya berserta dengan video imej imbasan kandungan yang dilakukan.

"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi. 

"Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak.

"Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat. Semoga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy.

"Baby jangan nakal-nakal ya. Rehat elok-elok kat dalam dulu k. Insyaallah nanti keluar kita pergi jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah," tulisnya.
 

Rata-rata mengucapkan tahniah pada mereka dan turut mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan  pada 27 April lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement