“Saya tak tahu.” Itu jawapan diberikan Shuk Sahar kepada Gempak ketika ditanya mengenai kehadiran isterinya di Mahkamah Syariah.

Pelawak kontroversi itu juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya mengunci mulut ketika ditanya soalan susulan.

Terdahulu, isteri Shuk, Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferahmemuat naik hantaran video di Instagram (IG) sedang menuruni anak tangga sebuah bangunan dipercayai Mahkamah Syariah.

Rossa yang memakai jubah berwarna hitam turut membawa sebuah fail di tangannya.

Pada hantaran tersebut, kapsyen dan latar suara yang digunakan Rossa juga menguatkan dakwaan keberadaannya di mahkamah dan berkait rapat dengan pergolakan rumah tangganya.

“Anda tidak boleh memulakan bab baru dalam kehidupan jika masih membaca di bab yang terakhir,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara suara latar yang digunakan pula berbunyi: “Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya.”

Di ruangan komen rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti memberikan kata-kata semangat kepada Rossa.

Ada juga yang menyokong tindakan Rossa sekiranya benar dia ke mahkamah untuk menyelesaikan krisis rumah tangganya.

“Sepatutnya dari dulu tapi kerana masih sayang demi anak-anak. Tapi bila bagi peluang lagi, masih tak berubah.

“Hati wanita sekali terguris dalam lukanya…Maaf tiada lg logo R (reverse) dalam hidup. Moga lebih tabah menempuh kehidupan yang lebih bahagia bersama anak-anak dan akan temui cinta yang lebih menghargai. Amin,” komen seorang pengikut.

A post shared by ????? ???? ? (@rossa.sera)