Isteri kedua aktor Ashraf Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang, Isnin.
Pelakon drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu itu berkongsi khabar gembira ini menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Assalammualaikum semua . Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah utk kurniaan yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.35 petang semalam (3 Sept 2018). Terima kasih ibu! . Selamat datang ke dunia anakku. Ayah,mama,ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya excited tau.. Semoga menjadi anak yg solehah, sri kandi yg hebat di mata Allah, sihat dan seorang yg penyayang spt kakak dan abg2 kayh. Satu lagi ,semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, insyaAllah. Doakan AM sekeluarga yea. . Terima kasih kepada Dr Mazita, semua staf nurse dan juga warga Avisena Specialist Hospital diatas layanan yg diberikan. Tq so much. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesemuanya. #babygirl #03092018 . @avisenaspecialisthospital #avisenaspecialisthospital . . @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
Selain Wan Sakinah, Ashraf mempunyai seorang lagi isteri iaitu Noor Dayana Lokman
Hasil perkahwinan Ashraf, pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.