Terkini

Isteri Meninggal Dunia Lepas Pembedahan Besarkan Payudara, Suami Cadang Saman Pakar Kecantikan

gempak
Izwan Isa
07/08/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Isteri Meninggal Dunia Lepas Pembedahan Besarkan Payudara, Suami Cadang Saman Pakar Kecantikan
Seorang wanita berusia 29 tahun meninggal dunia selepas menjalani pembedahan membesarkan payudara di Skudai, Johor Bahru baru-baru ini.
Memetik China Press, suami mendiang menjelaskan yang si isteri menjalani pembedahan tersebut di rumah seorang pakar kecantikan seminggu lalu.
Selepas pembedahan, mendiang berasa pening dan berasa sakit pada bahagian pembedahan serta mengalami bengkak. Menurut mendiang, ia hal biasa dan dia tidak risau mengenai gejala tersebut.
Keesokan harinya, mendiang pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun, doktor menjelaskan yang dia telah menerima ubat bius yang berlebihan. Mendiang lalu dihantar ke hospital untuk rawatan.
Pada hari keempat, keadaan kesihatannya semakin merosot dan dia dipindahkan ke unit rawatan rapi untuk rawatan kecemasan. Mendiang meninggal dunia dua jam kemudian.
Difahamkan, si suami bertindak mengecam pakar kecantikan tersebut kerana menjalankan rawatan tanpa lesen dan bercadang mahu mengambil tindakan saman.
Pihak hospital mengambil darahnya dan beberapa sampel lain sebelum melakukan ujian makmal bagi menentukan punca kematian.
Suami mendiang berkata, si isteri pada mulanya hanya mahu menjalani pembedahan ‘menarik benang’ mikro-muka untuk menjadikan kulit muka lebih tegang. Bagaimanapun, pakar kecantikan itu meyakinkannya juga untuk menjalani pembedahan membesarkan payudara.
Pihak keluarga mengadakan upacara pengebumian di Johor Bahru.
Beberapa netizen yang merupakan rakannya tular di media sosial untuk menyatakan rasa simpati terhadap mendiang dan menzahirkan rasa marah terhadap pakar kecantikan itu.
Sumber: TRP, China Press
BACA: Buat Pembedahan Besarkan Payudara, Wanita Hampir Maut Selepas Puting Membengkak & Beralih Posisi​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024