Isteri PU Abu Sufyan, Hana Azraa berkongsi pengalamannya melahirkan anak kedua secara normal tanpa suaminya di sisi.
Cerita Hana, dia sememangnya nekad untuk bersalin secara normal memandangkan anak sulungnya, Afifah Aisyah dilahirkan melalui pembedahan cesarean.
"Alhamdulilah, Mateen ni Hana dapat deliver secara normal. Hana start rasa contraction jam 1 pagi (1 Feb 2020), masa tu dekat rumah baru lepas mandi.
"Tapi Hana still lengah-lengah dan layan lagi atas katil. Sampai satu masa, Hana pergi tandas nak buang air, tiba-tiba turun lendir dan ada darah sikit.
"Apa lagi, memang tak syak lagi. Aku nak beranak dah weh!
"Lepas tu Hana mandi sekali lagi. Kali ni cewah... Aku shampoo sekali. Bagi wangi wangi apa semua. Ye lah, takkan nak pergi dengan bau yang hapak apa semua.
"Tapi apa yang paling penting jangan lupa SHAVE sebelum nak pergi serah diri dekat hospital tu. Karang kesian doktor tak dapat beza mana satu bulu dan mana satu rambut anak," ujarnya sambil berseloroh.
Tambah Hana, dia terpaksa mengejutkan bapanya seawal pukul 4 pagi untuk menghantarnya ke hospital bersalin.
"Kalut sana kalut sini dah nak pukul 4 pagi. Masa ni Hana buang air then darah turun sekali lagi. Tapi kali ni macam banyak sikit.
"Gelabah teruslah apa lagi. Bukan risau apa tau. Memikirkan anak dalam perut ni ja. Takut jantung dia lemah ka, terbelit tali pusat ka, terberak dalam perut ka. Kita mana nak tahu.
"So pukul 4 pagi Hana terus kejut ayah dan minta bawa pergi hospital. Kesian bapak aku weh. Terkebil kebil pagi pagi buta dok sedap tidoq Hana kejut bangun.
"Ha la terkejut aku kata nak terberanak dah. Cepat-cepat dia mandi and siap-siap bawa pergi hospital," katanya.
Hana mengelakkan daripada mengambil ubat penahan kesakitan (epidural) sepanjang proses bersalin demi merasai nikmat melahirkan anak secara normal.
"Masa ni memang tak ingat apa dah. Tak ingat dan tak nampak sapa dah.
"Sakit dia tak ingat weh. Masa aisyah dulu sejujurnya Hana tak tahan sakit ja terus mintak epidural.
"Lepas tu aku sembang sakan lah sebab tak rasa sakit. Tapi kali ni Hana tekad. Apa pun jadi tak nak and tak akan ambil epidural tu. Big No!
"Memang dah tekad nak rasa macam mana nikmat beranak normal. Hampa tau dak dalam labour room tu, Hana rasa semua nurse macam nak boh penampaq tu dekat muka ni. Teka lah sebab apa haha. Sakit okay. Sakit gila. Sakit yang tak tau nak habaq macam mana.
"Pukul 6 pagi nurse tolak Hana masuk labour room masa tu bukaan 5cm dan Alhamdulilah, jam 6.59 pagi Mateen selamat lahir.
"Rasa dia fuh......... tak terkata. Hilang teruih rasa sakit tu.
"Cuma nya bersyukur sangat Allah permudahkan. Allah Maha Baik. Walaupun diri ni hina dan penuh dosa. Tapi Allah tetap bantu Hana bertarung nyawa melahirkan anak. Allahu. Sebak pulak dah," tambahnya.
Muhammad Uwais Al-Mateen dilahirkan pada 1 Februari dengan berat 3.12 kilogram.
Hana dan Abu difahamkan telah berkahwin pada Mei 2019 selepas kontroversi bekas isteri Abu, Ain Afini mendedahkan telah diceraikan ketika hamil tujuh bulan.
Amri Hassan
Sat Feb 15 2020
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...