,
Laman Utama

Isteri Rizman Nordin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Beri Nama Rizqaa

Fiza Kamarudin
02/09/2020
03:16 MYT
Pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.
Berita gembira tersebut diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi tadi (Rabu).
Dalam pada itu Rizman turut memberitahu, puteri mereka dinamakan sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.
“Bismillahirahmanirahhim…Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang di nanti…Princess Rizqaa. “Rizqaa: A blessing, gift from Almighty (Rizqaa: rezeki, kurniaan Allah).
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama dan InshaAllah yang akan menghuni syurga Allah yang abadi. Amin amin ya rabbalalamin,” tulisnya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut menitip ucapan tahniah disamping memuji kecomelan Rizqaa.
Rizman dan ahli perniagaan Nurida Suraya, sah bergelar suami isteri pada 13 September 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Jangan Tunggu 24 Jam Macam Dalam Filem Atau Drama, No!”- Mat Redho Nasihat, Jika Berdepan Situasi Anak Hilang Terus Buat Laporan Polis

gempak
25/11/2024
21:55 MYT
Atlet sukan lasak, Mat Redho menasihatkan ibu bapa yang berdepan dengan situasi kehilangan anak tidak perlu menunggu tempoh sehingga 24 jam untuk membuat laporan polis.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar