Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Isteri Sufian Suhaimi Jadi Perhatian, Ramai Puji & Approved - “Cantik Betul Wife Pian, Nampak Aura Seri Pengantin”

Mya Amri 02/05/2025 | 21:55 MYT
Kecantikan isteri kepada penyanyi, Sufian Suhaimi iaitu Rania Al Sadat sewaktu majlis pernikahan mereka mendapat perhatian pengikut media sosial.

Terpegun lihat isteri Sufian

Menerusi beberapa foto perkahwinan tular di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa terpegun melihat kecantikan Rania yang manis menyarungkan busana pernikahan mereka.
Selain kecantikan, netizen juga mengucapkan tahniah kepada Sufian kerana berkat kesabaran dan dugaan yang ditempuhi sebelum ini, dia kini sudah bergelar suami orang.
Untuk info, Sufian dan Rania mengadakan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Dalam majlis pernikahan tersebut, Sufian menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas bersama tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang kepada pengantin perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN:Cinta Kembali Bertaut, Sufian Suhaimi Rancang Nikahi Kekasih Tahun Ini - “Kalau Boleh Tak Nak Lama-Lama Sangat Bercinta”

ARTIKEL BERKAITAN:Sufian Suhaimi Bersedia Dengan Pertanyaan Soal Kahwin - “Mungkin Segelintir Orang Akan Rasa Sensitif, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Eyka Farhana dan Akhyar Rashid Sah Bergelar Suami Isteri, Terima Mas Kahwin RM3,200

ARTIKEL BERKAITAN:"Doakan Kebahagiaan Kami Sampai Ke Jannah" – Eyka Farhana

ARTIKEL BERKAITAN:Manis Sedondon, Eyka Farhana Teruja Beraya Di Kampung Akhyar Rashid – “Raya Kedah Memang Sempoi Bakhang”

Terdahulu, awal Januari lalu, Sufian memuat naik foto bersama Rania dalam media sosial dan meletakkan emoji hati.
Hantaran tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kasih mereka kembali bertaut selepas dikatakan berpisah pada April 2023.
#Kahwin #Sufian Suhaimi #Cantik #Rania