HIBURAN
"Doakan Kebahagiaan Kami Sampai Ke Jannah" – Eyka Farhana
Tidak mengiyakan atau menafikan, pelakon Eyka Farhana berharap semua pihak mendoakan segala urusan hari bahagianya dengan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang didakwa bakal berlangsung pada awal Mei depan dipermudahkan.
Meski tidak berkongsi tarikh majlis perkahwinannya secara terperinci, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, berharap hubungan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.
“Selamat hari raya! Insya-Allah semoga semua dipermudahkan.
“Saya harap peminat-peminat semua akan doakan kebahagiaan kami sampai ke Jannah,” katanya.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan Eyka dan Akhyar akan melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan.
Sumber terdekat berkata, upacara pernikahan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada minggu depan.
Pada November tahun lalu, Eyka mendedahkan dirinya sudah bergelar tunang kepada Akhyar sejak 4 Ogos 2023.
Eyka juga menunaikan umrah bersama keluarga dan bakal mentua pada awal Ramadan lalu.
Sumber: Kosmo Online!
Must-Watch Video