Tular video di aplikasi TikTok selepas pemilik akaun bernama ‘Abeembeel’ berkongsi kisah menyayat hati adiknya yang ditimpa kemalangan dan ditinggalkan oleh isteri yang berperangai materialistik.

“Masa Amir sihat kami saksi dia dah buat terbaik untuk rumah tangga dia.

“Amir mewahkan isteri, beri segalanya apa yang dia nak, tapi dia cuma pandang duit amir dia tak pandang usaha amir,” luahnya di ruangan caption.

@abambeel

Semoga dipermudahkan urusan Amir haikal, xpe lah amir Allah tu maha adil,masa amir sihat kami saksi amir dah buat terbaik untuk rumah tangga amir, amir mewahkan isteri amir, amir beri segalanya apa yg dia nak,tapi dia cuma pandang duit amir dia x pandang usaha amir, sampai insurance kemalangan amir pun dia nak kebas semua x tinggal pun untuk amir,dia x jaga amir pun bila sakit,sampai susu pun dia x bg kat amir, maafkan abg sb post ni sb abg dah banyak bersabar, semoga amir sihat seperti sediakala Aminn??

♬ original sound - Abambeel

Tidak terhenti di situ, abang kepada individu tersebut turut mendedahkan isteri adiknya itu tergamak untuk mengambil semua duit insurans kemalangannya setelah mengabaikan keadaan suaminya selepas kemalangan.

Berita Trending: Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"

“Sampai insurans kemalangan Amir pun dia nak kebas semua, tak tinggal pun untuk Amir.

“Dia tak jaga Amir pun bila sakit, sampai susu pun dia tak bagi kat amir,” ujarnya sedih.

Dalam pada itu, abangnya itu turut memohon maaf sekiranya hantaran tersebut mungkin akan mengaibkan pihak isteri adiknya namun dia sudah hilang sabar dengan perangai wanita tersebut.

“Maafkan abang sebab post ni, abang dah banyak bersabar, semoga Amir sihat seperti sediakala,” tambahnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 4.6 juta tontonan di aplikasi X.