Laman Utama
Isu Imej Seksi, Syasya Dolla Terbuka Dengan Teguran Nenek - “Sebagai Generasi Muda, Kita Mempunyai…”
Terbuka dengan teguran neneknya yang juga pelakon drama Rozie Othman, ahli anggota Dolla iaitu Syasya memberitahu dia akan mencuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Menurut Syasya, dia menganggap teguran mengenai pakaian seksinya itu menandakan neneknya mengambil berat dan prihatin dengan dirinya.
“Bagi saya, apa yang nenek saya katakan, ada yang betul, dan apa yang saya boleh katakan, sebagai generasi muda, kita mempunyai stail kita tersendiri. Zaman dulu dan sekarang pun banyak bezanya.
“Insya-Allah apa yang saya boleh perbaiki, saya perbaiki. Dan dalam masa sama, saya membawakan imej saya dan menjadi diri saya sendiri, saya tak mahu berpura-pura jadi orang lain.
“Apa yang nenek saya katakan memang betul, saya selalu dengar nasihatnya kerana saya tahu dia mempunyai niat yang baik dengan menegur saya sebagai cucunya. Saya sayangkan dia,” katanya.
Terdahulu, Rozie menasihatkan Syasya supaya tidak tampil dengan pakaian terlalu seksi hingga jadi perhatian ramai dan sering dikecam netizen.
Kata Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, neneknya juga ada menghubunginya berpesan perkara sama, dan hubungan mereka tidak terjejas dengan perkara itu.
“Dia ada menelefon saya dan berpesan agar saya menjaga sedikit pemakaian saya. Ia adalah perkara yang benar, saya tak nafikan. Dia sebenarnya seorang nenek yang ‘cool’, sebab dulu pun dia berlakon jadi dia memahami industri seni bagaimana.
“Tapi sebagai nenek pastinya dia risau memandangkan dalam industri ini, orang suka bercakap macam-macam. Jadi dia hanya prihatin dan saya terima tegurannya, kami pun baik-baik saja dan kami rapat antara satu sama lain,” katanya.
Must-Watch Video