Usahawan selebriti Datuk Seri Vida menzahirkan rasa kecewa dan marah terhadap berita pernikahan Marissa Dania Hakim dan lelaki bernama Aslam di Songkla, Thailand baru-baru ini.

BERITA TRENDING: "Lawan Semua Dengan Doa" - Abby Abadi

Vida menerusi satu hantaran video berkata, dia sebagai seorang ibu berasa geram dan mengandaikan lelaki itu tidak mempunyai kewangan yang stabil.

“Kita sebagai mak ni kan geramnya. Buat apalah pergi nikah dengan orang macam tu. Kamu nikah dengan dia bukan ada duit rasanya.

“Yang penting ni, menjadi madu orang. Menyondol,” katanya.

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)


Vida turut tertanya-tanya, jika dia sendiri sakit hati mendengar perkhabaran itu, apakah pula perasaan ibu kandungan Marissa.

“Saya sebagai mak ni, rasa sakit je. Ish, macam mana mak dia. Anak kita lahir cantik tapi nikah dengan suami orang,” katanya lagi.

Sejak beberapa hari lalu, nama Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan netizen susulan khabar angin yang mengatakan dia telah pun bernikah dengan lelaki bernama Aslam, yang turut bergelar suami orang.

BERITA TRENDING: “Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya” - Abby Abadi

Tidak hanya itu, kakak ipar kepada Aslam turut mengesahkan khabar angin yang mendakwa mereka berdua telah pun selamat bergelar pasangan suami isteri.