,
Viral

Isu Pakaian Seksi: Netizen Tuduh Akim Tak Pandai Didik Isteri, Kata Tuan Badan "Macam Kita Tak Buat Kerja Kita Pula"

Amri Hassan
03/10/2019
01:47 MYT
Susulan pakaian Stacy didakwa netizen terlalu seksi hingga ada yang menggelarkan penyanyi itu wanita akhir zaman, Akim Ahmad tampil membidas kecaman tersebut.
BACA: "Saya Nasihatkan Jangan Tengok Sebab Memang Tak Elok!" - Pakaian Macam Berbogel, Stacy Tampil Jawab Kritikan Pedas Netizen
BACA: [VIDEO] "Yang Penting Akim Maafkan Saya" - Stacy Cerita Kisah Sebenar Di Sebalik Pakaian Terlebih Seksi Ketika ...
Sebagai suami, Akim terguris apabila dikatakan tidak pandai mendidik isteri hingga membenarkan penyanyi wanita itu berpakaian mencolok mata pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) baru-baru ini.
"Saya syukur sebab Stacy yang saya kenal dulu jauh berbeza daripada dia yang sekarang dan pakaiannya pun berbeza. Itu adalah progres positif daripadanya sendiri.
"Sebagai suami saya bangga dengan perubahan itu.
"Bagi yang baru kenal Stacy selepas masuk Islam, mereka boleh bercakap apa mahunya. Pada saya tiada apa-apa isu pun.
"Mula-mulanya saya agak sakit hati apabila tuduh saya tak didik isteri. Macam kita tak buat kerja kita pula.
"Saya seorang muslim dan tahu apa yang perlu buat. Terima kasih kepada mereka yang berkata-kata sedemikian dan harap mereka terus doakan yang baik-baik," jelas Akim kepada Gempak.
Namun, Akim terkilan apabila kebanyakan netizen tidak mengamalkan adab menegur sepatutnya seperti yang dilandaskan dalam Islam.
"Nak tegur bukan di hadapan khalayak ramai, apa salahnya kalau terus mesej saya nasihat yang baik-baik.
"Hakikatnya saya tak terima pun sebarang mesej daripada netizen yang lantang bersuara ini. Itu saya terkilan!
"Tahu agama tapi tak tahu adab!" kata Akim lagi.
Dalam pada itu, Akim tidak menyangka pakaian terbabit akan tular dan diperkatakan netizen usai Stacy membuat persembahan.
"Semua benda tutup sampai ke buku lali. Kain pun tebal, jadi tak patut ada apa-apa isu pun.
"Mungkin tarian Stacy yang agresif, tetapi saya sendiri tak tahu apa yang mereka (netizen) fikirkan sebenarnya," tambahnya.
Foto: Harian Metro, IG Akim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni