Isu kontroversi pengadil Jepun, Ryuji Sato ketika aksi Malaysia menentang Vietnam di Hanoi Selasa lalu sudah sampai ke pengetahuan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).
Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sudah menghantar surat rasmi kepada badan induk itu pada Khamis.
Ia bagi meluahkan ketidakpuasan hati mengenai mutu pengadilan ketika perlawanan Kumpulan B, Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada tuan rumah.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, tindakan itu dibuat selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram.
Katanya, jawatankuasa berkenaan sudah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden sepanjang perlawanan tersebut.
"Susulan itu, surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan sudah pun dihantar kepada Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi (Khamis).
"Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu," katanya.
Sato dikecam hebat oleh peminat Harimau Malaya ekoran beberapa keputusannya pada perlawanan itu terutama apabila memberikan penalti kontroversi kepada Vietnam pada minit ke-59. - Sinar Harian
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/article-banner_akim-mira_2.png)
![Amyra Rosli Bawa Watak Tak Tahu Asal Usul Dalam Bunga Salju | Singgah Set Amyra Rosli Bawa Watak Tak Tahu Asal Usul Dalam Bunga Salju | Singgah Set](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://s1.dmcdn.net/v/WWKQS1cTL9-qCoQbq/x480)
Amyra Rosli Bawa Watak Tak Tahu Asal Usul Dalam Bunga Salju | Singgah Set
Kalau korang nak tahu, #BungaSalju mulakan penggambaran pada bulan Ramadan 1445H/2024 yang lepas. Walaupun tengah panas dan berpuasa, mereka tetap berikan komitmen 100% bagi menjayakan drama bersiri ini. Demi kepuasan penonton, montaj pulak telah dirakam di sebuah rumah banglo yang telah lama ditinggalkan di ibu kota Kuala Lumpur.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BungaSalju Setiap ISNIN - JUMAAT, 6 PETANG di Astro Ria dan Strim Astro GO
Terbitan: Metrowealth International Group
Arahan: Ejump Mohd
Penulis: MIG Panel
Bersama dengan Amyra Rosli, Hisyam Hamid, Hariz Hamdan, Zul Huzaimy, Syad Mutalib, Ziema Din, Hasnul Rahmat, Zarina Zainoordin & pelakon-pelakon hebat yang lain..
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
ATAU
Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my
#BungaSalju #BamBamStudios #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama