Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pendapat mengenai hubungan ibu mentua dengan menantu.

BERITA TRENDING : Fizo Omar Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia - “Biasa La Orang perempuan Siapa Lagi Nak Dia…”

Fazeera berkongsi perkara itu selepas mendapat luahan daripada pengikutnya yang berasa kurang senang dengan sikap ibu mentuanya.

“Mak mentua pandang rendah menantu tak kerja, yang lain bekerjaya kononnya,” luah individu tersebut.

Berkongsi mengenai perkara itu, Fazeera berpendapat, seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga perlu menerima keluarga suaminya.

“Pada awalnya bila kita masuk saja alam perkahwinan, kita tiada pilihan. Keluarga suami kita akan menjadi seperti keluarga kita dan kita akan kerap berjumpa di situ,” ujarnya.

Bagaimanapun, Fazeera berkata kebahagiaan seorang isteri terletak pada diri mereka sendiri biarpun mempunyai keluarga mentua yang gemar membandingkan kerjaya mereka.

“Pertama sekali, tepuk dada tanya selera. Tanya diri awak sendiri apakah kebahagiaan awak. Ada isteri yang bila dia bekerja dan mengejar impiannya, dia akan rasa gembira.

“Tapi ada isteri, bila duduk rumah dia senyum lebar dan boleh luangkan masa dengan anak-anak.

“Kalaulah menjadi suri rumah sepenuh masa yang ada kelebihan untuk bersama anak-anak adalah kebahagiaan awak, then go for it. Jangan biar orang lain menentukan kebahagiaan awak,” katanya lagi.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman berdepan situasi yang sama selain ada juga yang bersetuju dengan pandangan Fazeera.

A post shared by @lingua.laboratory