Hiburan
Isu Pukul Ika Nabila, Azma Aizal Tak Gentar Percaya Tuhan Menyebelahinya
Pengarah Azma Aizal Yusoof tidak gentar berdepan isu pukul pelakon Ika Nabella kerana percaya Tuhan akan menyebelahinya.
"Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi.
"Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana 'berkicau'," katanya.
Dalam pada itu Azma, 33, berkata kepada mStar Online ada sebab dia bertindak memukul Ik di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang pada Isnin lalu.
Dia yang enggan berkongsi hal berkenaan menyifatkan laporan media mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.
"Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.
"Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah," jelasnya.
Terdahulu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu di set penggambaran drama terbitan Suhan Movies.
Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, pada malam hari kejadian.
Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.
Pada April lalu Azma memenangi pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh pada majlis kemuncak Anugerah Tribute P Ramlee 2014.
Sebelum ini Azma pernah berkongsi kehidupan hitamnya iaitu terjebak dengan najis dadah dan mendapat pemulihan di pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).
Olahan Semula: Hafiza Kamarudin
Sumber: mStar Online
Must-Watch Video