Isu Pukul Wanita Nama ‘Diana’, Syamsul Yusof Ajak Farid Kamil Selesaikan Di Mahkamah - “Aku Mesti Saman Kau La”
Pengarah sensasi Syamsul Yusof tampil mengulas mengenai kenyataan pelakon, Farid Kamil yang mendakwa dia sebelum ini pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tidak berdepan sebarang tindakan undang-undang.
Memetik Utusan Online, Syamsul berkata dia tidak mahu mencetuskan sebarang pergaduhan, sebaliknya mengajak Farid untuk menyelesaikan isu tersebut di mahkamah.
“Kita dah tua bro, apa kau nak buat game budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu sahaja. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la.
“Saya malas nak main game di media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot.
“Sekarang hal remeh temeh macam ni saya tak nak dah. Sebab itu saya malas gaduh tetapi ini sebahagian daripada ujian,” kata Syamsul
Terdahulu, Farid menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories mengeluarkan kenyataan tersebut sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia pernah dipukul suaminya sekitar tahun 2020.
Difahamkan, wanita bernama Diana yang dimaksudkan Farid adalah merujuk kepada isterinya yang juga aktres Diana Danielle.
Untuk rekod, Syamsul didakwa pernah menjalin hubungan istimewa bersama Diana Danielle sekitar tahun 2005 sebelum terputus pada penghujung 2008.
Sumber - Utusan Online