Penyanyi, Syada Amzah menegur tindakan segelintir netizen yang berterusan memberikan kecaman terhadap isu hangat berkaitan dua personaliti media iaitu Leona Azhar dan Cupcake Aisyah.

Syada menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya menganggap tindakan netizen itu melampau kerana turut melibatkan kecaman terhadap ahli keluarga Cupcake Aisyah.

BERITA TRENDING: Ibu Cupcake Aisyah Dihenyak Kritikan Gara-Gara Anak Didakwa Bercinta Dengan Ex-Boyfriend Leona


Saya cuba untuk berdiam diri mengenai isu ini tetapi saya tidak lagi dapat menahan diri. Saya geram. Sebab dalam kes ini, tak ada siapa yang 100% betul atau 100% salah.

“Dalam mana-mana jenis hubungan pun akan ada perbalahan, akan ada cerita kedua-dua belah pihak. Tapi memandangkan benda ini pasal orang lain dan seseorang yang lebih muda dari kita. Tolong lah rasional.

“Salah faham begini banyak berlaku ketika zaman saya sekolah dahulu, sekarang kita sudah dewasa di mana saya pasti korang ada benda lain yang lebih baik lagi nak buat. Kenapa nak campur hal orang?

“Kalau pasal A dengan B kenapa sampai ganggu ibu bapa diorang? Fikir la eh, bagaimana jika perkara sama berlaku pada anda dan keluarga anda?

“Sangat tak cool. Biadap. Jangan kacau sampai ke keluarga, sepupu sepapat orang tu. Kesian sangat tahu tak.

“Korang bukan siapa-siapa hanya orang luar kepada kedua dua mereka. Cuba fikir jika spekulasi ini tak betul dan fitnah?” tegurnya.

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

BERITA TRENDING: Isu Kawan Baik Sondol Ex Boyfriend, Netizen Back Up Leona - “Kena Betray Dengan Bestfriend Memang Sakit”


Dalam pada itu, Syada juga menjelaskan tidak kisah jika dirinya digelar kalis kecaman namun tujuan dia menulis hantaran berkenaan adalah untuk kesedaran mental.

“Tujuan saya melakukan hantaran ini adalah mengenai kesedaran mental. Anda telah menyerang orang lain sepenuhnya secara atas talian.

“Saya tak kisah apa orang cakap tentang saya, lagi-lagi apabila perkara itu tidak benar. Tapi kali nak juga silakan.

“Gelarlah saya kalis kecaman atau apa-apa, saya hanya mahu bekerja cari rezeki halal, jaga ibu selagi saya masih hidup.

“Jangan ganggu mental dorang hanya kerana kehidupan anda tidak menarik. Kesian kedua dua mereka.

“Kita yang dah besar ni buat cara dah besar. Biarlah mereka selesaikan sendiri. Please be nice, doakan sahaja yang baik-baik,” jelasnya.


BERITA TRENDING: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan ..."



Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila pempengaruh Leona Azhar ‘mendedahkan’ sahabat baik sendiri ‘bercinta’ dengan bekas teman lelakinya.

Menerusi video yang tular di platform X itu, Leona menulis sepotong kapsyen berbunyi: “My heart when my best friend got with my ex after we broke up.”

Untuk rekod, Mama Sue merupakan isteri kedua kepada Datuk Mohd Razip.