Laman Utama

Isu Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran, Ini Respons Noor Kartini

gempak
Asyikin Mayudin
22/09/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran, Ini Respons Noor Kartini
Status rumah tangga kakak kepada usahawan terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila dengan suaminya, Engku Emran masih menjadi tanda tanya.
Ibu kepada Nabila iaitu Datin Kartini ketika ditemui Gempak bagaimanapun berkata dia enggan mencampuri urusan rumah tangga anaknya.
“Itu saya tak mahu jawab. Sebab dia sudah dewasa, berkeluarga. Kalau nak tahu, tanya dia sendiri. Macam Ameera, dia masih bawah perlindungan dan jagaan saya.
“Urusan rumah tangga anak-anak saya tak campur dan tak nak tahu. Saya mahu gembira saja dengan anak-anak dan cucu-cucu saya,” katanya ketika ditemui pada Khamis.
Menyifatkan anak-anak sudah cukup sempurna di matanya, Kartini memberitahu dia tidak menganggap apa saja isu melibatkan keluarganya sebagai ujian.
“Bagi saya, anak-anak sempurna di mata saya dan saya rasa tiada apa lagi yang saya mahu rungutkan. Bukan ramai ibu di luar sana yang bernasib baik dan beruntung Allah bagi nikmat seperti apa yang saya dapat.
“Saya tak anggap cerita berkaitan keluarga saya itu sebagai ujian dan kami tidak pernah ambil tahu tentang apa yang viral. Orang kata hari-hari viral? Viral apa?” ujarnya.
Pada Mac lalu, media melaporkan rumah tangga Nabila dengan Engku Emran didakwa retak menanti belah dan sumber rapat turut mendakwa pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung serta dalam proses perceraian.
Untuk rekod,Nabila mendirikan rumah tangga Engku Emran pada 19 Mac 2021 namun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Erra Fazira dan memiliki cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.
Kemudiannya, Engku Emran berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya lelaki, Jebat Jayden.
BACA SINI: Sering Didoa Berjodoh Semula Dengan Bekas isteri, Sharnaaz Ahmad: “Dia Masih Isteri Orang, Jaga Perasaan Suaminya”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live