Pelakon Ramona Zamzam menafikan dakwaan segelintir netizen yang berandaian dia sudah lupa dengan asal usul sebagai orang berbangsa Melayu.

Sebelum ini, Ramona mengakui anak sulungnya, Ivanna Alashkar tidak diajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

BACA: Ramona Zamzam Tak Ajar Anak Cakap Melayu Sebab...

Jelas Ramona, 30, tindakannya itu hanya buat sementara waktu iaitu sehingga Ivanna petah bercakap.

"Nak cakap saya dah lupa asal usul tu memang tak la. Dekat set penggambaran saya elok ja cakap dalam Bahasa Melayu dengan krew.

"Itu hanya tanggapan orang sahaja nak cakap saya dah lupa diri. Bila fikirkan pasal ini sangat menyakitkan hati dengan posisi saya sekarang.

"Semua orang ada cara tersendiri untuk membesarkan anak mereka. Secara jujurnya, saya pun tak tahu apa cara terbaik tetapi saya dah cuba lakukan.

"Doktor tak halang langsung untuk kami bertutur dalam Bahasa Melayu cuma buat masa sekarang bagi anak saya biasa bercakap dulu," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam kesal dengan sikap netizen yang tidak menghormati akan keputusan doktor.

"Saya ni manusia biasa, kadang-kadang tak boleh nak abaikan komen negatif.

"Ada yang menggunakan panggilan bodoh dekat doktor. Bagi saya itu sangat biadab. Siapa awak untuk berkata seperti itu hanya kerana pandangan dia bertentangan dengan pemikiran awak.

"Dia adalah seorang doktor yang mempunyai kepakaran bukannya seorang ahli sukan ke," katanya lagi.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.