Laman Utama

Isu Video Telanjang, Afieq Shazwan Terkilan! – “Rasanya Tak Pernah Lagi Saya Video Call Atau Hantar Video Bukan-Bukan…”

Fiza Kamarudin
26/11/2020
12:00 MYT
Pelakon dan penyanyi Afieg Shazwan terkilan apabila ada pihak tidak bertanggung jawab yang menghebohkan video telanjangnya sedang viral di laman sosial Twitter.
Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan berkata, perkara tesebut adalah cubaan untuk mencemarkan nama baiknya.
“Terkejut saya apabila mendengar cerita tersebut dan cuba juga cari kot-kot terjumpa video tidak senonoh sendiri.
“Tapi tak jumpa pun…Dan setahu saya, tak pernah lagi saya ber’video call’ atau menghantar video yang bukan-bukan kepada sesiapa,” katanya.
Lebih mengecewakan apabila berita tersebut menjadi perbualan ketika Afieq sedang sibuk dengan persiapan untuk melancarkan single dan muzik video terbarunya berjudul ‘Gerak Lu’.
Bercakap mengenai single terbarunya itu, turut timbul isu ketika pembikinan muzik video. Ada dakwaan mengatakan Afieq berang kerana tidak dapat merealisasikan konsep yang dibayangkan.
“Actually konsep dan idea muzik video ni dah ok, Cuma saya ada menyuarakan pendapat untuk muncul lebih berani dalam muzik video kali ini.
“Idea saya ialah, nak keluar dengan konsep muzik video yang lebih daring ala barat dan K- pop, dan saya request untuk menari tidak berbaju bersama penari biar nampak lebih maskulin dan wow.
“Saya pula memang dah buat persiapan dan senaman khusus di gym bersama trainer sebab nak badan betul-betul nampak mantap dan seksi dalam muzik video ‘Gerak Lu’ tetapi hanya sia-sia, sebab syarikat rakaman tak setuju,” katanya.
Dalam pada itu Afieq berpendapat sesuatu muzik video yang dihasilkan perlulah ada faktor wow dan keunikan tersendiri.
“Sebagai artis kita kena berani. Kalau nak buat biasa–biasa sahaja takut penonton jemu, tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, peminat dan penonton lebih suka tonton sesuatu yang unik dan trendy.
“Tetapi saya tak kata muzik video ni tak menarik, cuma kalau nak tahu hasilnya itu, kenalah tonton nanti ya!
“Manalah tahu kot-kot ada adegan yang kononnya dikatakan viral di Twitter tu,” katanya ketawa.
‘Gerak Lu’ akan dilancarkan di semua platfom digital Joox, Spotify dan lain-lain serta muzik videonya dilancarkan di saluran Youtube FMC secara serentak esok, pukul 8 malam.
‘Gerak Lu’ merupakan lagu hasil ciptaan dan lirik DJ Fuzz, Aziquebeats dan Faezal. Lagu berentak R&B ini merupakan single keempat Afieq dan kali kedua digandingkan bersama Malik Abdullah selepas single Lelaki Di Telefon.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hormati Keputusan Datuk Jamal Tarik Diri AJL38, FMC Pilih Afieq Shazwan Jadi Pengganti

gempak
19/02/2024
07:28 MYT
All the best Afieq.
Hiburan

Aidil Aziz Komen Isu Babak Panas Fasha - “Sudah Tentu Saya Tahu, Afieq Juga Ada Minta Izin Saya"

gempak
20/01/2024
03:55 MYT
Aidil komen babak Fasha dan Afieq.
Laman Utama

"Dia Pandai Main Emosi, Dahlah Makin Charming Sekarang Ni" - Muna Shahirah Selesa Kerja Dengan Afieq Syazwan

gempak
02/10/2022
06:44 MYT
Ewah ewah depa...
Laman Utama

“Individu Itu Bukanlah Kawan Tapi…” - Afieq Shazwan Sanggup Berkenalan Dengan Anak Ikan Demi Watak

gempak
20/09/2022
08:55 MYT
Wow Afieq Shazwan jadi 'sugar baby' la.
Laman Utama

Mengusung Rindu Dirakam Semula Versi Orkestra, Tajul Rasa 'Semangat' Arwah Achik Ada Bersama

gempak
05/08/2022
08:55 MYT
Mengusung Rindu 2022 dinyanyikan semula oleh Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan.