Laman Utama
“Itulah Duit Yang Menjadikan Darah Kau Mengalir” - DSV Bongkar Kisah Lama, Akui Pernah Tanggung Iqbal Selama Dua Tahun
Nampaknya, kisah perbalahan antara Datuk Seri Vida dan selebriti media sosial Ahmad Iqbal semakin parah. Hal ini terjadi apabila Iqbal tanpa menyebut nama memberi komen tentang gaya tajaan bagi penaja untuk program Gegar Vaganza 8 di laman sosial.
Namun, komen tersebut disalah ertikan oleh Vida dan menganggap ia ditujukan kepadanya. Sungguhpun Iqbal telah menafikan tentang komen berkenaan, namun, Vida tetap menyerang Iqbal dengan memuat naik komen tersebut di Instagram.
Menurut Vida, dia meminta agar Iqbal tidak menunjuk pandai kerana hakikatnya, ilmu perniagaan yang dimiliki lelaki itu datang daripada dirinya.
Tidak cukup dengan kenyataan tersebut, Vida sekali lagi naik hantu dengan Iqbal menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di Instagram semalam.
Menurut Vida, dia tidak berniat untuk bergaduh dan tidak menjual kontroversi menerusi apa yang dipaparkan di media sosial.
“Kerja nak gaduh? Nak gaduh dengan siapa? Aku nak bercakap secara berdepan dah tak boleh, kena marah macam ni.
“Sebab dia dah blocked di Instagram, Whatsapp, semua platform. Aku tak jual kontroversi sebab aku ni dah kaya raya tujuh keturunan tak perlu kontroversi,” ujar Vida dalam nada marah.
Dalam pada itu, Vida turut memberi komen tentang kelibat wanita yang didakwa sengaja dirakam oleh Iqbal dan dimuat naik di media sosialnya.
“Tak faham kenapa dia kongsi kelibat seorang perempuan dalam biliknya. Nak tunjuk apa? Nak sakitkan hati? Itu you punya pasal.
“Aku tak kisah semua tu. Apa yang aku kisah kan, kau pergi jentik periuk nasi aku yang dulunya itulah duit yang menjadikan darah kau mengalir. Kau masih belajar aku bagi duit. Dua tahun, seminggu sekali, mari tengok aku,” katanya lagi.
Must-Watch Video