Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Izara Aisyah Akui Jadi Ibu Bukan Mudah, Tetap ‘Enjoy’ Waktu Bersama Anak-Anak - “Tipulah Kata Tak Penat, Tak Cukup Tidur…”

Asyikin Mayudin
17/07/2024 03:55 MYT
Pelakon Izara Aisyah mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang ibu dan pada masa yang sama mempunyai perniagaan yang perlu diusahakan.

Syukur & Gembira

Biarpun tidak dapat rehat dan tidur yang secukupnya, Izara bagaimanapun tetap berasa bersyukur dan gembira dapat meluangkan masa bersama dua orang anak perempuannya.

"Jadi seorang ibu ni bukan senang, sebab saya ada bisnes pada masa sama kena pentingkan suami dan anak-anak. Saya masih nak adapt dengan semua benda ni.

“Tipulah kata tak penat, tak cukup tidur dan baby (anak kedua) pun baru keluar. Macam itulah, kita kena sesuaikan diri dengan keadaan. Alhamdullilah kalau buat semua ni dengan sabar banyak kita akan dapat 'reward' kan.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dipetik Pergi Pusat Hiburan, Izara Aisyah Tampil Bersuara

“Saya tak ada sebarang rungutan… I’m having so much fun,” kata Izara kepada Gempak ketika ditemui di majlis pelancaran kedai pertama Nunha Store di Mytown Mall, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata ketiga memandangkan sudah punya dua puteri, isteri kepada usahawan Muhammad Adib Khalid itu berharap untuk mengandung dua tahun lagi.

Berkongsi tentang kerjaya seninya pula, pelakon drama 'Ombak Rindu The Serries' tersebut mengakui lebih memilih untuk membintangi filem berbanding drama kerana memerlukan komitmen yang panjang.

Tak Minat Lakon Cerita Cinta

Pada masa sama, Izara turut mengakui tidak berminat untuk membawa watak dalam filem percintaan sebaliknya terbuka untuk filem berbentuk kekeluargaan, realistik atau kisah benar.

"Saya tunggu filem kalau ada filem yang bersesuaian. Kalau boleh nak kurangkan buat drama, sebab bagilah kepada pendatang baru pula untuk berlakon (drama). Saya lebih memilih untuk buat filem, buat masa ini.

“Kalau ada tawaran yang bagus, saya akan ambil. Tawaran yang datang kebanyakkan cerita cinta, saya tak berapa minat nak buat love story. Saya minat nak buat cerita tentang keluarga atau based on story.

“Lagipun masa untuk penggambaran drama terlalu panjang, saya bimbang tak boleh nak seimbangkan untuk keluarga dan perniagaan. Malah, saya juga jenis cerewet sebelum bertudung pun ada macam-macam 'rules’.

“Dah pakai tudung lagi banyak 'rules'. Jadi, saya tak nak menyusahkan production lain. Jadi lebih baik saya buat filem yang bersesuaian, dan terima dengan saya punya permintaan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aisyah Kongsi Nama Anak, Netizen Puji: - “Indahnya Nama"

ARTIKEL BERKAITAN: “Any Mental Disorder Is Valid When You’re Not On Ice” - Izara Aishah

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah, Adib Khalid Timang Cahaya Mata Kedua

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiba-Tiba Mood Rasa Lain Macam” - Izara Aishah Kongsi Kisah Hamil Anak Kedua

#Ibu #Izara Aisyah #Anak Izara #Jadi ibu
;