Hiburan

Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”

gempak
Asyikin Mayudin
19/04/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dia ada menerima beberapa tawaran untuk anak perempuan sulungnya iaitu Irisa Alaia yang kini berusia empat tahun.

Anak Tak Gemar Bergambar

Bagaimanapun, Izara memberitahu dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana bimbang akan menyusahkan ramai pihak disebabkan anaknya tidak gemar berada di hadapan kamera.
“Ada… saya dapat beberapa tawaran tapi saya cakap tak boleh. Anak saya tak suka ambil gambar. Saya nak ambil gambar berdua pun susah.
“Saya tak nak bila bekerja, lagi la nanti susahkan orang, better not,” kata Izara menerusi temu bual bersama Hlive.

Memilih Karya Untuk Berlakon

Pada temu bual yang sama, Izara turut memberitahu dia hanya akan berlakon filem dan drama yang bersesuaian dengan apa yang dimahukannya.
“Saya akan buat filem, kalau drama… saya akan buat supertele atau drama serius sikit. Astro original yang proper, mungkin saya akan buat. Kalau drama biasa, takut nak buat.
“Jalan cerita sekarang ,saya tak minat, Saya takut mereka tak dapat beri apa yang saya demand,” ujarnya.
Untuk rekod, Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017. Mereka dikurniakan dua orang anak perempuan bernama Irisa Alaia dan Amara Amina yang lahir pada Oktober tahun lalu.

BERITA TRENDING: Nama Dipetik Pergi Pusat Hiburan, Izara Aisyah Tampil Bersuara

BERITA TRENDING: Izara Aisyah Kongsi Nama Anak, Netizen Puji: - “Indahnya Nama"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live