Nama Intan Saleh, 35, dan pelakon Izreen Azminda menjadi sebutan ramai selepas dipertemukan menerusi program Melodi Raya, semalam.

BACA: “Kita Hidup Tak Lama, Tak Tahu Bila Akan Pergi,” - Selepas 4 Tahun, Izreen Azminda & Intan Liana Akhirnya Berbaik?

Selepas menerima permohonan maaf daripada Izreen, Intan menerusi Instagram (IG) miliknya menulis luahan hati mengenai niat seseorang.

Berdasarkan entri tersebut, pemilik nama Intan Liana Saleh dilihat seakan masih memendam perasaan serta tidak memaafkan perbuatan bekas madunya itu.

"Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat.. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan.. Jadi betulkan niat.

"Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin boleh melupakan.

"Lihat pada situasinya.. Jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia," tulisnya sebagai kapsyen dengan hashtag #buatapayangAllahsuka dan #akubukansiapasiapa.

Walaupun tidak ditujukan kepada siapa-siapa, rata-rata pengikut mengaitkan posting itu dengan pelakon drama Kak Marr.

Terdahulu, nama Izreen menjadi panas selepas berkahwin dengan bekas suami Intan iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dipanggil Ude.

Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017 di sebuah majlis tertutup atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Ude pada 22 Mac 2018 menceraikan isteri pertamanya, Intan selepas lima tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri, empat, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Manakala Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar berumur enam tahun.