Jaafar Onn Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Ketika Melalui Prosedur Endoskopi - “Doktor Ada Beritahu Berisiko Sebab…”
Asyikin Mayudin
03/04/2024 04:56 MYT
03/04/2024 04:56 MYT
Anak angkat kepada pelakon dan pengacara Jaafar Onn iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim memberitahu Allahyarham meninggal dunia ketika sedang melalui prosedur endoskopi pada pagi tadi.
“Heart rate dia memabg tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” katanya kepada Gempak.
Hanif ditemui ketika berada di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, Hanif turut memberitahu pada mulanya arwah pergi ke klinik disebabkan mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.
Kata Hanif, doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil terlalu lama.
“Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kemarin dan dalam pada sama dia juga membuang air besar berdarah… pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti.
“Kemungkinan pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil oleh papa. Ikutkan memang dah lama papa ambil ubat itu, sebelum saya jaga dia lagi.
“Ubat tahan sakit itu dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung. Masalah jantung tu juga menyebabkan kakinya bengkak.
“Berak berdarah tu pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Patutnya bulan 2 ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Lagipun ketika itu, arwah rasa pembuangan dia sudah baik,” kata Hanif.
Jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor pada Rabu.
Terdahulu, kesihatan Jaafar dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.
BERITA TRENDING: Jaafar Onn Meninggal Dunia
Menurut Hanif, doktor sudah memaklumkan bahawa prosedur tersebut sememangnya berisiko tinggi disebabkan jantung arwah ketika itu lemah.BERITA TRENDING: Najis Berdarah, Jaafar Onn Dikejarkan Ke Zon Kritikal
“Pagi tadi papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor memang ada beritahu prosedur itu berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan.“Heart rate dia memabg tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” katanya kepada Gempak.
Hanif ditemui ketika berada di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, Hanif turut memberitahu pada mulanya arwah pergi ke klinik disebabkan mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.
Kata Hanif, doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil terlalu lama.
“Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kemarin dan dalam pada sama dia juga membuang air besar berdarah… pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti.
“Kemungkinan pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil oleh papa. Ikutkan memang dah lama papa ambil ubat itu, sebelum saya jaga dia lagi.
“Ubat tahan sakit itu dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung. Masalah jantung tu juga menyebabkan kakinya bengkak.
“Berak berdarah tu pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Patutnya bulan 2 ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Lagipun ketika itu, arwah rasa pembuangan dia sudah baik,” kata Hanif.
Jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor pada Rabu.
Terdahulu, kesihatan Jaafar dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.
PILIHAN PEMBACA: Video Jaafar Onn Berkerusi Roda Tular, Netizen Titip Doa - "Semoga Papa Diberi Kesembuhan Syifa"
#pelakon
#Penyanyi
#Sakit
#Meninggal Dunia
#Pengacara
#Endoskopi
#Jantung
#Jaafar Onn
#Hospital Serdang