HIBURAN
Jackie Chan Dedah Tak Faham Bahasa Inggeris Chris Tucker: “Seluruh Filem…”
Pesohor Jackie Chan mendedahkan tidak memahami dialog bahasa Inggeris yang dilontarkan rakan pelakonnya dalam filem popular Rush Hour yang diterbitkan pada tahun 1998.
Chan berkongsi pengalaman tersebut sewaktu menjadi tetamu episod terkini The Kelly Clarkson Show. Bintang tersebut hadir ke program tersebut bersama Ralph Macchio untuk mempromosi filem Karate Kid: Legends.
“Seluruh filem saya tidak faham dialog atau apapun yang dilontarkan Chris Tucker. Tidak satupun (faham),” kata Chan seperti dilaporkan People.
Bintang berusia 71 tahun itu menjelaskan setiap babak dan dialog yang dilontarkan sangat berlainan sehingga dia mengalami kesukaran untuk memahaminya.
“Pelatih dialog saya ada bersama sepanjang penggambaran. Dia ada pada setiap babak dan memahami setiap dialog yang dilontarkan.
“Saya akan bertanya kepada pelatih saya ‘apa yang dia cakap? Dia cakap terlalu laju,” dedahnya.
Aktor itu kemudian mendedahkan belajar bahasa Inggeris dengan mendengar lagu genre country kerana ia perlahan.
Rush Hour mengisahkan tentang dua detektif iaitu James Carter (Tucker) dan Lee (Chan) yang bergabung untuk menyelamatkan anak rakan mereka
Must-Watch Video