Aktres jelita Nur Fazura meluahkan rasa teruja dapat merealisaikan impiannya untuk bergelar peniaga di satu tarikan membeli-belah terkenal di Kota Bharu, Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura sempat memuat naik beberapa keping foto kunjungannya ke negeri jolokan Serambi Makkah itu untuk tatapan umum.

Istimewanya lagi, pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin itu turut berkongsi kisah dirinya merasai sendiri pengalaman berharga menjual sayur-sayuran di pasar ikonik negeri itu.

Tambah Fazura, 39, dia sememangnya sudah lama memasang impian untuk merasai pengalaman berniaga di sana dan berasa sangat teruja akhirnya perkara tersebut terlaksana.

“Sejujurnya Faz dan team belum boleh move on lagi dengan pengalaman di sana. Ternyata suasana menyambut Hari Raya Aidiladha sungguh meriah di Pantai Timur.

“Faz sangat teruja dengan semangat kekeluargaan, kejiranan dan kemesraan yang Faz dapat alami bersama.

“Apa yang lebih menarik bila Faz dapat merealisasikan satu lagi impian Fas untuk menjadi penjual di samping begitu ramai peniaga wanita di Pasar Siti Khatijah yang Faz kagumi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan kunjungan pelakon Pisau Cukur itu ke negeri Kelantan adalah sebahagian daripada video ‘Fazura Ke Pantai Timur’ bagi merasai sendiri suasana menyambut Hari Raya Aidiladha di sana.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan kata-kata pujian daripada wargamaya yang merasa kagum dengan kunjungan Faz ke negeri Kelantan itu.

Bukan itu sahaja, penampilan Fazura yang manis bertudung bawal juga mencuri tumpuan ramai.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya.