Berita
Jadi Sasaran Netizen Lagi, Fesyen Pakaian Oren Bersama 'Pouch Bag' Besar Neelofa Jadi Tumpuan
Selebriti popular, Neelofa mencuri tumpuan netizen di media sosial menerusi pakaian yang digayakannya ketika hadir dalam satu acara fesyen.
Pengacara program Meletop ini menampilkan gaya fesyen bersama jaket dengan seluar berwarna oren dipadankan dengan turban dan 'pouch bag' besar di pinggang.
Pelbagai komen dilontarkan netizen terhadap gayanya itu yang dimuat naik foto menerusi akaun Instagramnya.
Ada netizen yang meluahkan perasaan terkejut, menyamakan fesyen tersebut dengan kartun Naruto versi muslimah, 'wardrobe malfunction', mangsa fesyen dan juga ada yang mempersoalkan mengapa pemilik bisnes tudung Naelofar Hijab itu sanggup berfesyen sedemikian.
Bagaimanapun, ramai netizen yang memuji kecantikan Neelofa dengan gaya tersebut selain menyukai dan memahmi fesyen yang ditampilkan.
Neelofa sebelum ini menjadi duta untuk satu kempen anti buli mengkritik tindakan netizen yang melemparkan komen negatif di media sosial.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @neelofa
Must-Watch Video