Laman Utama

Jadual Kerja Terlalu Padat Antara Punca Zizan Razak Belum Bertemu Jodoh - “Nak Bercinta Pun Tak Sempat…”

gempak
Asyikin Mayudin
22/05/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
Jadual Kerja Terlalu Padat Antara Punca Zizan Razak Belum Bertemu Jodoh - “Nak Bercinta Pun Tak Sempat…”
Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga, sama juga seperti pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak yang belum dikurniakan rezeki berkahwin.
Menurut Zizan, disebabkan jadual kerja yang padat dia tidak mempunyai masa untuk bercinta malah kadang-kala jarang dapat berjumpa dengan ibunya sendiri.
“Sudah pasti saya ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga macam kawan-kawan lain, saya juga ada nafsu.
Saya tiada masa sebenarnya untuk itu, mungkin Allah beri saya rezeki yang lain.
“Setiap kali masuk sahaja tahun baharu, jadual kerja saya akan penuh dan padat sehingga hujung tahun. Jadi, nak bercinta pun tak sempat.
“Kadang-kadang mak saya tunggu saya balik kerja untuk jumpa sekejap, dengan mak pun saya arang jumpa disebabkan kerja,” kata Zizan kepada Gempak.
Zizan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Polis Evo 3 yang diadakan di TGV, KLCC, baru-baru ini.
Selain kerja yang tidak menentu masa ini juga, Zizan sukar untuk bertemu dengan pasangan yang boleh memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.
“Kerja saya bukan semua orang faham, balik tiga empat pagi. Siapakah bakal isteri yang boleh faham kerjaya saya ini sebagai pelawak. Saya banyak fikirkan orang, bukan mahu diri saya sahaja yang sempurna.
“Tetapi saya mahu dia juga menjadi seorang yang sempurna. Kalau saya diberi peluang untuk berkenalan dengan seseorang, saya akan beritahu dia kerjaya saya bagaimana yang sebenarnya.
“Depan TV saya memang kelakar, tetapi di belakang, saya adalah orang yang sangat serius. Orang tidak ramai tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang gila. Hanya kerana ada kelebihan buat lawak, selainya sperti orang biasa.
“Saya takut tanggapan bakal isteri tidak sama seperti saya di dalam TV. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak, perlu terima saya luar dan dalam. Disebabkan saya banyak fikir pasal jodoh, saya ambil keputusan untuk fokus dulu pada kerjaya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024