Berita

Jaga Jaga, Ada Yang Memerhati; PDRM Pantau Anggota Suka Tayang Kekayaan Di Media Sosial

Maliah Surip
30/11/2020
15:10 MYT
Tindakan segelintir anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang suka mempamerkan kemewahan di laman sosial mungkin akan memberi natijah buruk.
Hal ini kerana Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sedang memantau rapi trend mempamerkan kemewahan untuk mengekang salah laku dalam kalangan anggota dan pegawainya, demi menjaga integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Zamri berkata demikian selepas ada pegawai dan anggota PDRM yang menonjolkan gaya hidup 'ala orang kaya' seperti melancong, bermain golf dan memiliki kenderaan mewah walaupun tidak setara dengan jawatan serta gaji bulanan yang diperoleh.
“Saya diberitahu ada anggota sering bermain golf selain membuat taruhan dalam aktiviti itu. Kalau dilihat bermain di kelab golf bertaraf sederhana sahaja, sekali bermain memerlukan kos RM200... kalau sebulan dah berapa perbelanjaan digunakan?
“Ada juga yang didapati kerap ke luar negeri untuk bermain sukan berkenan sedangkan ia melibatkan pembiayaan tinggi. Apabila diperiksa berdasarkan jawatan atau pendapatan, sebenarnya mereka tidak mampu untuk menampungnya,” katanya seperti dilapor Bernama.
Gaya hidup mewah yang ditonjolkan itu juga secara tak langsung banyak mendatangkan tanda tanya terutama dalam kalangan orang awam tentang sumber kekayaan mereka.
Sehubungan itu, katanya anggota dan pegawai yang telah dikenal pasti itu akan diminta memberi penjelasan tentang sumber kewangan diperoleh bagi membiayai cara hidup mewah itu.
“Jika tidak dapat memberikan justifikasi, mereka akan berdepan tindakan lanjut,” tegasnya. Jelasnya, sebagai seorang penjawat awam dan anggota badan beruniform, mereka perlu mengelakkan sebarang perbuatan salah laku yang boleh menjejaskan imej pasukan polis.
Sumber & Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

gempak
16/07/2024
15:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Hiburan

Dr Say Risau Bila Ada Yang Tak Mahu Belajar - “Janganlah Sebab Beberapa Influencer Tayang Hidup Mewah Buatkan Adik-Adik Nak Jadi YouTuber”

gempak
28/05/2024
07:00 MYT
Doktor selebriti dan pencipta kandungan, Dr Say Shazril meluahkan rasa gusar apabila ada dalam kalangan remaja yang merasakan pendidikan itu tidak penting.
Sukan

Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim

gempak
06/05/2024
03:55 MYT
Semoga pelaku cepat ditangkap.
Hiburan

Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

gempak
03/05/2024
07:55 MYT
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.