Laman Utama
“Jaga-Jaga, Ibu Jari Terhantuk Nanti”- Ditegur Cuci Baju Ketika Pantang, Ini Jawapan Lisa Surihani
Foto dalam kemas kini terbaharu pelakon Lisa Surihani di akaun Insatgram (IG) yang menunjukkan dia sedang mengangkat bakul baju dan keluarkan dari mesin basuh telah mendapat perhatian ramai.
Rata-rata bimbang akan tahap kesihatan Lisa yang baru sahaja melahirkan bayi ketiganya, Yunos Laith dua minggu yang lalu.
Malah ada juga yang menasihati supaya Lisa berhati-hati lebih-lebih lagi masih dalam tempoh berpantang.
Advertisement
“Dalam berpantang jaga ibu jari kaki tu...terhantuk nanti,” komen salah seorang pengikutnya.
“Aduhai Lisa masa dalam pantang tak boleh cuci baju angkat bakul tu,” bimbang salah seorang warga maya.
“Kalau boleh jangan buat kerja lasak sangat dalam waktu berpantang,” tegur salah seorang netizen.
Namun Lisa tidak berdiam diri, malah menjelaskan foto tersebut diambil ketika sedang hamil anak bongsunya.
“Terima kasih. Gambar ini diambil waktu mengandung,” jawabnya.
Jawapan Lisa telah menjawab persoalan ramai pengikut laman sosialnya yang mulai bimbang selepas foto itu dimuat naik.
Lisa selamat melahirkan bayi ketiganya yang dilahirkan dengan berat 3.49 kilogram (kg) pada pukul 2.30 pagi 15 Jun lalu.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 itu sebelum ini dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne, 4
Must-Watch Video