Seorang gadis berusia 22 tahun kini dalam transformasi mengubah dirinya daripada manusia menjadi seekor kucing!

Chiara Dell’Abate mengaku telah menjalani lebih 20 kali pembedahan pada bahagian badan demi menjadi seekor kucing. Dia juga mmepunyai sekitar 72 tindik di tubuhnya dengan tindik kali pertama dilakukan sewaktu berusia 11 tahun.

Dengan wajah dipenuhi tatu, lidah yang telah dibelah dua dan banyak tindik, gadis Itali yang juga terkenal di TikTok ini sebenarnya banyak mendapat komen negatif dalam kalangan pengguna media sosial.

Penampilannya disifatkan ‘hodoh’, ‘menganggu’ dan psiko. Namun Abate menegaskan dia hanya ingin berubah menjadi seekor kucing.

“Saya fikir saya akan menjadi wanita kucing yang sangat istimewa,” katanya seperti dilaporkan DailyMail.uk.

Abate atau dikenali sebagai pengguna Tik Tok dengan nama Aydin Mod juga mendakwa telah berhabis ribuan ringgit sejak lapan tahun lalu hanya untuk menjadi kucing.

“Saya dihina kerana penampilan tapi inilah cara saya. Saya tidak mahu kelihatan seperti watak kartun tapi mahu menjadi kucing kerana sangat mencintai binatang ini.

“Saya percaya saya akan menjadi wanita kucing yang garang dan berani,” katanya lagi.

Namun dia mengatakan transformasi menjadi kucing masih panjang. Dia antaranya mengaku perlu mengubah atau melakukan pembedahan pada bahagian mata agar kelihatan seperti mata kucing.