Hiburan

Jalani Penggambaran Di Jakarta, Lan Solo Risau Isteri Bersalin Awal

gempak
Mya Amri
21/02/2018
11:12 MYT
Sponsor Banner
Jalani Penggambaran Di Jakarta, Lan Solo Risau Isteri Bersalin Awal
Penyanyi Lan Solo kini sedang berada di Jakarta, Indonesia untuk menjalani penggambaran program ExpeRIAnce #ProjekThemePark2018 bersama peminat bertuah.
Dalam sibuk menjalankan tugas, pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 4 ini risau dengan keadaan isterinya, Nur Sheila Hassim yang kini sedang sarat hamil.
“Isteri saya sepatutnya dijangka bersalin pada bulan Mac nanti. Selepas dia mengalami kebocoran air ketuban pada minggu ke-27 kehamilan, doktor menjangkakan dia bakal bersalin awal. Menurut doktor, bila-bila masa sahaja.
“Kini dia sedang berehat di rumah. Saya agak risau dengan keadaannya. Saya takut dia bersalin awal ketika saya berada di Jakarta.
“Namun begitu, sebelum saya ke Jakarta, semua kelengkapan untuk dia bersalin telah disiapkan dan urusan berkenaan dengan tempahan hospital juga telah dibuat,” kata Lan.
Membawa seorang pemenang bertuah, Faysal Saad untuk meneroka Ancol Dreamland, Jakarta, Lan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama peminatnya.
“Program #ProjekThemePark2018 ini memberikan peluang untuk saya menghabiskan masa bersama peminat yang selama ini tidak henti menyokong.
“Selain itu, saya juga berpeluang untuk meneroka taman tema serta melakukan aktiviti menarik di Ancol Dreamland. Terima kasih saya ucapkan untuk pihak Astro serta produksi kerana memberikan peluang ini,” kata Lan lagi.
Saksikan pengembaraan Lan bersama selebriti-selebriti lain membawa peminat bertuah mereka meneroka taman tema menarik sekitar dunia di musim terbaru ExpeRIAnce #ProjekThemePark yang bakal bersiaran setiap Selasa, jam 11 malam bermula 6 Mac 2018!
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live