Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

'Janda Muda' Hadiah Panjat Batang Pinang

Gempak
21/08/2024 02:25 MYT

Pertandingan memanjat batang pinang di Kabupaten Cianjur baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila menawarkan hadiah seorang 'janda muda'.

Bukan Janda Sebenar

Sebanyak 27 peserta menyertai pertandingan berkenaan yang menguji kemampuan mereka memanjat setinggi 10 meter sebelum memperoleh hadiah tersebut.

Bagaimanapun janda muda yang dimaksudkan bukanlah janda muda sebenar sebaliknya lelaki yang dihiasi persis seperti janda muda.

"Kita sengaja mendandani seorang lelaki sebagai perempuan yang mengenakan busana lengkap berwarna merah yang mirip seperti seorang janda muda yang menjadi rebutan ramai," jelas penganjur pertandingan Haris Iskandar pada Isnin.

"Seorang AJK Wanita iaitu Elin Rismayanti mengesyorkan perkara tersebut," katanya.

BERITA TRENDING: Wanita Pakistan Anjur Pesta Janda, Demi Raikan Penceraian

BERITA TRENDING: Lepas Buka Tudung, Bekas Isteri Sule Kembali Jadi DJ: “Cari Wang Halal & Berkat”

BERITA TRENDING: Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Dibatalkan - "Sebenarnya Ia Hanya Acara Suka-Suka"

BERITA TRENDING: Lelaki Kantoi Dengan Tunang, Pesan Pelacur & Curang Dengan Janda Anak 2

Selain Janda menang RM70


Ujarnya lagi, bagi setiap peserta yang berjaya mendapatkan janda muda itu mereka akan diberikan wang tunai berjumlah Rp250,000 (RM70).


Dalam pada itu, perlumbaan berkenaan yang turut disertakan dengan pertandingan lain diadakan bermula Sabtu lalu sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia.

Sumber: Sinar Harian

#Viral #Hadiah #Acara Panjat Batang Pinang #Janda Muda