Pelakon Liyana Jasmay dikecam hebat oleh netizen apabila memuat naik gambar serta video dirinya yang sedang bercuti di Australia.

Gambar dan video berkenaan dimuat naik di beberapa posting di Instagramnya hari ini.

Menerusi satu daripada posting berkenaan, Liyana menjelaskan hari ini merupakan hari terakhir dia berada di Australia.

Kapsyen tersebut kemudian mengundang kecaman netizen yang kebanyakannya mendakwa pelakon tersebut tidak peka dengan masalah COVID-19 yang sedang berlaku ketika ini.

Selain itu terdapat juga komen 'nakal' yang mengharapkan supaya pelakon itu tidak membawa balik virus berkenaan.

Tidak kurang juga meminta supaya Liyana mengkuarantinkan diri sejurus tiba di Malaysia.

Anda boleh lihat antara komen dan kecaman netizen di bawah.

Untuk rekod, Australia kini mencatatkan sebanyak 297 kes dengan 3 kematian.

Malaysia pula setakat ini menerima 428 kes dan masih lagi tiada kematian dicatatkan.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!