Laman Utama

Jangan Biar Terabai, Ibu Bapa Perlu Menjadi Sahabat Kepada Anak-Anak

gempak
Izwan Isa
14/11/2021
11:50 MYT
Sponsor Banner
Jangan Biar Terabai, Ibu Bapa Perlu Menjadi Sahabat Kepada Anak-Anak

Dalam drama bersiri I-Tanggang yang disiarkan di Astro, terdapat banyak karakter dengan masalah yang tersendiri diketengahkan oleh pengarah dan penulis skrip.

Selain isu Munchausen Syndrome by Proxy (MSBP) yang diketengahkan menerusi watak Erma, isu-isu yang terdapat dalam karakter Khay, Syafiq dan Esra turut menjadi perhatian umum.
Pakar Psikiatri Perubatan Universiti Malaya, Dr. Rusdi berkata, ibu bapa perlu berperanan sebagai pendengar bagi dan juga penasihat kepada para remaja selain perlu mendengar masalah yang diutarakan oleh mereka. “Peranan ibu bapa sangat penting bagi membantu anak-anak dalam menangani cabaran dunia siber. Mungkin ibu bapa telah mengabaikan apa yang telah diutarakan oleh mereka, sebagai seorang ibu bapa kita perlu kita perlu menjadi sahabat kepada anak kita.
“Saya rasa anak muda perlu bijak, mereka perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya dapat memilih mana yang baik dan mana yang buruk daripada cadangan yang mereka perolehi daripada kawan-kawan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Rusdi memberitahu, jika remaja tidak selesa untuk berbicara hal-hal peribadi dengan ibu bapa, mungkin mereka boleh meminta bantuan daripada orang dewasa lain bagi mendengar masalah mereka.
“Kalau mereka tidak pasti, mereka perlu mendapat nasihat daripada ibu bapa atau pun orang yang lebih dewasa yang boleh memberi panduan kepada mereka.
“Cara yang terbaik untuk anak-anak muda mengatasi ajakan atau pun peer pressure yang kemungkinan boleh memudaratkan mereka jadi yang terbaik adalah mereka perlu menerangkan kepada kawan-kawan mereka itu yang mereka perlukan masa untuk berfikir,” katanya lagi.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024