Selepas kontroversi Lathi Challenge, kini tular pula aplikasi FaceApp dikalangan pengguna media sosial.

Seakan-akan menjadi satu trend, aplikasi yang berfungsi untuk menyunting foto wajah lelaki kepada perempuan dan sebaliknya ini semakin ‘galak’ diguna pakai oleh wargamaya sejak akhir-akhir ini.

Namun disebalik ‘keseronokan’ wargamaya memuat naik foto yang telah disunting itu, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menjelaskan hukum penggunaan aplikasi berkenaan.


Menerusi entri di akaun Instagramnya, Syed menerangkan perkara itu termasuk dalam hukum Tasyabbuh.

“Hukum Tasyabbuh (menyerupai) jantina lain walaupun melalui main-main.

“Hukum Tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu A’laihi Wassalam,” kongsinya.

Hukum tasyabbuh ( menyerupai) jantina lain walaupun main² Baca betul² dan tolonglah sedor Hukum tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ. Daripada sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, katanya, “Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” Janganlah meniru² permainan dan gaya hidup orang kafir yg tiada halal dan haram dalam hidup mereka. Apa sahaa aplikasi yg muncul mesti ada yg nak cuba dan tiru dan main² tanpa risau hukum hakamnya Belajarlah, bertanyalah, kita bukan takde ulama dlm Malaysia ini Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on


Dalam pada itu, Syed juga menasihati agar wargamaya tidak mudah cepat terpengaruh dengan perkara-perkara viral.

“Janganlah meniru-niru permainan dan gaya hidup orang kafir yang tiada halal dan haram dalam hidup mereka.

“Apa sahaja aplikasi baru yang muncul mesti ada (sellok) nak cuba dan tiru dengan alasan sahaja main-main, tanpa risau hukum hakam yang terdapat di dalamnya.

“Belajarlah, bertanyalah, kita bukan tak ada ulama dalam Malaysia ini, jangan jadi jahil selamanya. Kelak akan rugi di dunia lagi malang rugi di akhirat,” jelasnya.

Hukum tasyabbuh ( menyerupai) jantina lain walaupun melalui main² Baca betul² dan tolonglah sedor Hukum tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ Daripada sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, katanya, “Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” . Janganlah meniru² permainan dan gaya hidup orang kafir yg tiada halal dan haram dalam hidup mereka. Apa sahaja aplikasi baru yg muncul mesti ada (selllokk) nak cuba dan tiru dgn alasan saje main², tanpa risau hukum hakam yg terdapat di dalamnya Belajarlah, bertanyalah, kita bukan takde ulama dlm Malaysia ini, jangan jadi jahil selamanya, kelak akan rugi di Dunia lagi malang rugi di Akhirat Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on


Terdahulu, aplikasi FaceApp semakin mendapat sambutan dan ramai yang menggunakannya dengan tujuan suka-suka.