Berita

“Jangan Keluar Dulu Tau, Abi Nak Pastikan...”-Bakal Timang Anak Kedua, PU Abu Terpaksa Berjauhan

gempak
Syafiqah Jalal
17/01/2020
09:30 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Keluar Dulu Tau, Abi Nak Pastikan...”-Bakal Timang Anak Kedua, PU Abu Terpaksa Berjauhan
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Mokhtar mengesahkan anaknya bersama isteri terbaharu, Hana Azra bakal dilahirkan tidak lama sahaja lagi.
Namun, PU Abu bimbang tidak dapat bersama ketika kelahirannya nanti kerana dia kini berangkat ke tanah suci untuk membimbing jemaah umrah.
“Hari ini berangkat ke tanah suci untuk bertugas sebagai pembimbing jemaah seramai 40 orang demi sesuap nasi
“Dan hari ni juga cukup anak aku 37 minggu 2 hari.Alhamdulillah.Baki tinggal beberapa hari bersalin,aku serah segala urusan aku kepada kau ya Allah
“UY (anaknya) tunggu Abi balik ya?Jangan keluar dulu tau. Abi nak pastikan tangan Abi adalah orang kedua yang sambut selepas doktor.
“Moga selamat semuanya sehingga ke waktunya dan agar semuanya dimudahkan Allah,” tulisnya.
PU Abu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik rakaman ulttasound bayinya di skrin.
PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.
Terdahulu PU Abu mempunyai seorang isteri, Ain ’Afini yang dinikahinya pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac lalu menerusi aplikasi WhatsApp.
PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live