Skip to main content

Berita Tempatan

Jangan Pentingkan Diri! Ini 4 Risiko Kereta Yang Ditukar Lampu Putih

lampuputihkereta.jpg
Mencantikan kereta bagaikan satu lumrah buat pemandu yang ‘gila kereta’.

Terbaharu, gaya menukar lampu kuning asal di kereta kepada lampu putih menjadi trend dan ikutan.

Tidak salah mencantikkan kereta dengan pelbagai aksesori tetapi perlu ambil tahu apa kesannya kepada diri dan pemandu jalan raya yang lain.

Ini 4 kesan bahaya penggunaan lampu putih terang:
  1. Mengganggu Pengguna Jalan Raya Lain
Cahaya putih yang digunakan bukan sahaja mengganggu penglihatan malah membahayakan pengguna jalan raya lain. Perhatian kepada pemandu dengan lampu putih terang.⁠
 
  1. Menyebabkan Pandangan Menjadi Silau
Ia membuatkan pemandu dari arah bertentangan kereta menjadi silau disebabkan lampu putih terang yang digunakan terutama pada waktu malam.
 
  1. Risiko Kemalangan Maut
Apabila lampu tersebut telah menggangu penglihatan ia sekaligus boleh menyebabkan kemalangan maut.
 
  1. Lebih Bahaya Waktu Hujan
Keadaan akan menjadi lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih akan diserakkan oleh titisan hujan hingga menyebabkan penglihatan pemandu lain terganggu
 
Sumber: Infografik Awani
 

Must Watch Video

Advertisement