Selebriti popular, Nor Neelofa tampil menafikan foto bayi yang dikongsi semula di Instagram Story (IGs), malam tadi, adalah putera keduanya, Abdullah Abbas.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, terpaksa menjelaskannya selepas ramai menyangka foto bayi yang wajahnya didedahkan melalui pantulan cermin adalah bayinya.

"Ini bukan baby Abbas.. Jangan salah faham guys," tulisnya dalam hantaran di IGs, pada Khamis.

Foto yang disangka putera keduanya itu menunjukkan seorang bayi sedang baring menghadap cermin seperti sedang menjalani sesi fotografi.

Selepas sebulan melahirkan Abbas hingga kini Neelofa dan suami masih tidak mendedahkan wajah bayinya sehingga ramai yang teruja menunggunya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.