Hiburan

Jangan Salahkan Ibunya, Kami Mahu Yahaira Hidup Sederhana - Yusry KRU

gempak
Ahmad Shah
08/12/2015
07:18 MYT
Sponsor Banner
Jangan Salahkan Ibunya, Kami Mahu Yahaira Hidup Sederhana - Yusry KRU
Pelakon dan pengarah Yusry KRU menjelaskan tidak berniat ‘menyembunyikan’ anak pertamanya, Yahaira Leanne untuk tatapan umum seperti dakwaan sesetengah pihak.
Sebaliknya Yusry dan isteri, Lisa Surihani mempunyai sebab tersendiri tidak terlalu mendedahkan puteri sulung mereka itu.
Menurut Yusry, dia dan Lisa mahu Yahaira membesar seperti kanak-kanak lain tanpa dibayangi status mereka sebagai selebriti.
Malah Yusry juga memohon supaya masyarakat berhenti menyalahkan isterinya hanya kerana dia memilih untuk tidak terlalu mendedahkan Yahaira.
Yusry menjelaskan perkara tersebut menerusi foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya pada Isnin, yang dengan kapsyen yang berbunyi:
"Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk 'sorokkan anak'
seperti didakwa sesetengah. Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana.
“Anak yang dapat membesar seperti ibubapanya sendiri dulu dan kanak-kanak yang lain hari ini. Saya pos kan gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira.
“Dengan terbitnya gambar ini, insha Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji.
“Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana. Hidup sebagai selebriti tidak pernah di'pilih' oleh anak kami ini.
“Untuk Yahaira, bila dah pandai baca & faham pos ni; Mummy & Daddy are doing this because we think it is best for you. We might not know it all but we are trying to bring you up like how your grandparents raised us.
“Jadilah seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berguna kepada masyarakat dan hamba yang selalu di sisi Allah. Amin,” jelasnya.
Terdahulu, Yusry dan Lisa telah menjadi sasaran netizen yang tidak puas hati terhadap keputusan pasangan ini yang tidak mahu terlalu mendedahkan puteri sulung mereka.
Lisa juga sebelum ini pernah meluahkan rasa terkilan kerana wajah Yahaira dirakam dan disebarkan tanpa pengetahuannya.
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live