Hiburan
“Jangan Sedap Hina, Kena Batang Hidung Sendiri Baru Rasa Padahnya” – Aliff Aziz
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tampil memberikan kenyataan berhubung sepotong videonya berkelakuan tidak senonoh tular di laman sosial Facebook (FB) baru-baru ini.
Aliff membuat kenyataan tersebut menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Menurut Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Alif Aziz akui tindakannya itu telah memalukan orang-orang kesayangannya namun tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai insiden tersebut.
“Teruskan lah ketawa tentang saya, Ya memang saya buat kesilapan. Tetapi percayalah, sesiapa yang berada ditempat saya anda juga mungkin terjatuh.
“Ya saya telah memalukan orang-orang kesayangan saya. Tiada siapa pun yang tahu tentang keadaan saya. Tak mengapa, saya tidak berhutang sebarang penjelasan dengan sesiapa.
“Namun selagi saya hidup Allah ada, tidak kiralah seteruk mana pun orang fikirkan mengenai saya, saya tetap hamba-NYA.
“Sungguh lucu bagaimana orang mendakwa sebagai Muslim namun menjalankan mulut mereka seperti mereka yang hamba-NYA yang terbaik.
“Cerminlah diri anda dan lihat apakah anda sesuai untuk menilai seseorang. Peringtan buat diri sendiri juga. No offence. All love.
“Rezeki semua tangan Tuhan. Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padahnya,” tulisnya.
BACA: "Lu Hisap My D**k!" - Aliff Aziz Buat Hal Lagi! Baling Kerusi, Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam?
Selain itu, Aliff yang memiliki sebanyak 1 Juta pengikut itu juga telah memadamkan kesemua foto di akaun Instagram (IG) miliknya.
Terdahulu, video tular berdurasi 1 minit 30 saat tersebut memaparkan Aliff sedang bertengkar dengan seseorang di tempat awam.
Selain mengeluarkan kata-kata kesat Aliff dilihat turut melemparkan kerusi plastik kepada individu tersebut dalam keadaan marah.
Must-Watch Video