Pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya menegaskan mereka sentiasa memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di majlis pernikahan pengacara terkenal Neelofa.

Jelas Awal, mereka hanya membuka pelitup separuh muka ketika mahu bergambar bersama pengantin baru di atas pelamin.

"Jangan siasat saya dan kumbang saya please. Kitorang pakai mask sepanjang masa kecuali time nak ambil gambar dan makan.

"Sebab kita tak ada langsir macam pengantin. Bukan rujuk pad niqabnya tetapi langsur yang dipasangan ketika pengantin makan beradab ye," tegasnya.



Sebelum ini tular dakwaan netizen mengenai majlis pernikahan Neelofa yang kononnya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan termasuk tiada penjarakan sosial.

Justeru, pihak berkuasa telah memanggil ahli keluarga Neelofa serta pengurus majlis perkahwinannya untuk memberikan keterangan.

Neelofa dan pasangan, Haris Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.