Berita
Jangan Silap Pilih Durian! Ini 4 Cara Betul Untuk Dapatkan Durian Enak & Lemak
Musim durian sudah tiba! Sekarang ni, kita boleh lihat di mana-mana sahaja durian yang dijual penjaja.
Siapa yang tidak suka dengan raja buah ini? Isinya yang harum itu sungguh enak dan lemak bila di makan.
Namun, tahukah anda jika tersalah pilih, anda mungkin terima durian yang rasanya sebaliknya atau tidak masak.
Justeru Gempak kongsikan 4 cara atau tips yang betul memilih durian dari FB Harvest Fresh Produce MAEPS:
#1 Hidu Baunya
Buah yang masak akan keluar aromanya yang kuat
#2 Goncang Buah
Buah yang masak akan terasa goncangannya di dalam
#3 Ketuk Buah
Buah yang masak bunyinya seakan kosong di dalam
#4 Sentuh Pada Duri
Buah yang masak memiliki duri yang agak lembut
Must-Watch Video