Laman Utama

“Jangan Tanya Saya… Penat Nak Jawab” - Ayda Jebat Enggan Ulas Lanjut Isu Perceraian Fyna, Zainal

gempak
Izwan Isa
18/05/2023
07:27 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Tanya Saya… Penat Nak Jawab” - Ayda Jebat Enggan Ulas Lanjut Isu Perceraian Fyna, Zainal

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan yang mengatakan adiknya, Fyna Jebat kini sudah bercerai dengan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Ayda berkata, segala persoalan boleh diajukan kepada Fyna dan berharap agar pihak media tidak terus bertanyakan tentang gosip berkenaan dengannya.
“Tolong jangan tanya saya mengenai hal ini. Penat nak menjawab. Tanya tuan punya badan. Asal kes mengenai mereka saya yang dicari,” katanya ringkas.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita yang mendakwa Fyna kini sudah lagi tidak bergelar isteri kedua kepada Zainal.
Hal berkenaan didedahkan oleh anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah menerusi satu komen media sosial baru-baru ini.
Difahamkan pasangan ini dipercayai telah bercerai dua minggu lalu.
Untuk rekod, pasangan Fyna dan Zainal dikatakan berkahwin pada Januari lalu namun tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.
Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live